|
|
|
Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC)
|
|
Allied
Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN) Members of
ACCIN – Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services,
Islamic Outreach ABIM, Jamiyah, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul
Fitrah Malaysia, Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY. Secretariat:
c/o MACMA Malaysia Balai
Islam 4th Floor, 250-D, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia. Telephone: (603) 4044-2207; FAX: (603) 4045-3231; e-mail: macmanet@tm.net.my, Chairman:
Dato Haji Mustapha Ma, Tel: (603) 2095-1896; FAX: (603) 2095-1897;
e-mail: ifngo@streamyx.com, Secretary:
Danial Hakim Boey, Tel: 012 2080284, FAX: 012 2864482; e-mail: hakboey@pc.jaring.my MEMORANDAM Mengenai CADANGAN
PENUBUHAN MAJLIS/BADAN PERUNDINGAN AGAMA Kepada KERAJAAN
MALAYSIA Daripada ACCIN
(ALLIED COORDINATING COMMITTEE OF ISLAMIC NGOs)
ACCIN
mendesak Kerajaan Malaysia supaya tidak sekali-kali
menyokong atau meluluskan penubuhan IRC oleh individu-individu dan
pertubuhan non Islam tertentu yang terdiri daripada MCCBCHS (Malaysian
Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism) dan Majlis
Peguam bersama Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusianya. A1. SIKAP ANTI-ISLAM PIHAK PENAJA. Mengikut
suatu memorandam yang telah
dikemukakan oleh MCCBCHS (memo MCCBCHS - Lampiran 1) bersama surat bertarikh
22hb Ogos 2001 (Lampiran 2) kepada Majlis Peguam, pendirian MCCBCHS
mengenai beberapa perkara berkaitan Islam boleh dirumus seperti berikut:
ACCIN
membantah keras tindakan MCCBCHS membangkitkan isu-isu di atas yang merupakan
sungutan-sungutan pihak bukan Islam sedangkan isu-isu tersebut langsung tidak
ada kena mengena dengan mereka. Ia
bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh
penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam. Memorandam
MCCBCHS tersebut adalah terang-terang satu tindakan campur tangan yang serius
terhadap ajaran Islam. Semata-mata
dengan mempergunakan sebuah Badan Berkanun untuk mencapai matlamatnya tidak
menjadikan campur tangan MCCBCHS
ini satu tindakan yang sah malah sebaliknya ia boleh
menjejaskan keharmonian beragama di negara ini. Dengan
adanya perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan Ahli-ahli
Majlis Peguam yang mana keahliannya ditakluki oleh mereka yang bukan Muslim,
Majlis Peguam sebagai rakan seperjuangan MCCBCHS bekerja keras bagi menentukan
idea IRC itu mendapat kejayaan, tanpa menghiraukan bantahan dari ahli-ahlinya
sendiri di dalam Jawatankuasa Kecil Syariah (Lampiran 3). A2. LINGKUNGAN KEBEBASAN BERAGAMA
PIHAK BUKAN MUSLIM. Tiada
satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MCCBCHS yang dirumuskan
di atas itu yang berkaitan dengan
orang-orang bukan Muslim. Artikel II, Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Setiap
orang berhak mengakui dan mengamalkan agamanya…. dan menyebarkannya”.
Perlu difahami bahawa hak
orang-orang bukan Muslim mengamalkan agama
mereka tidak termasuk hak untuk campur tangan
dalam ajaran agama lain, khususnya agama Islam, apa lagi untuk mendesak supaya ajaran agama tersebut ditukar
supaya memberi kepentingan kepada pihak yang tidak menganutinya. Aneh
sekali bagi sebuah organisasi pelbagai agama bukan Muslim seperti MCCBCHS
- yang mempunyai banyak masalah di
kalangan sesama mereka terutama sekali mengenai masalah orang-orang Kristian yang kerap menukar kepercayaan agama
serta pendirian politik dan masalah dengan pihak kerajaan mengenai tempat-tempat
beribadah dan tanah perkuburan - tidak pun membangkitkan masalah-masalah ini
dalam mana-mana memorandam mereka tetapi sebaliknya bersatu tenaga menentang
Islam. A3. IMPLIKASI BAGI ISLAM SEBAGAI
AGAMA RASMI MALAYSIA. Sebagai
suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini
sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya
tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama
asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal. Dengan
kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang
ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang
mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan
lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah
diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam,
kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan
Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula
menjadi negara sekular dengan Islam
sebagai hiasan politik semata-mata?! B1. MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA
DITUBUHKAN BUKAN DENGAN NIAT MENJADIKANNYA SEBUAH BADAN BERDIALOG TETAPI SEBUAH
BADAN BAGI MEMBETULKAN KESILAPAN. Berdasarkan
minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC (dilampirkan) badan ini
hendaklah diwakili oleh Muslim dan Bukan Muslim daripada pelbagai agama dengan kuasa
untuk menerima aduan (seperti yang tercatit di A1 di atas) daripada penganut
mana-mana agama terhadap agama lain dan akan membuat keputusn untuk membetulkan
kesilapan walaupun sampai ke tahap menukar ajaran agama pihak yang dianggap
bersalah dan menguatkuasakan keputusannya melalui kuasa mahkamah. Bersabit
aduan terhadap Islam, memorandam MCCBCHS menyoal dan menuntut supaya diubah
beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam
sistem perundangan Malaysia. Ahli
Jawatankuasa Penubuhan IRC telah dicabar oleh ACCIN untuk memberi contoh satu
organisasi di mana-mana negara dalam dunia ini yang mempunyai kuasa sepertimana
yang mereka berharap diberi kepda IRC tetapi sehingga
kini mereka belum berbuat demikian. IRC
berpotensi untuk campur tangan dalam ajaran mana-mana agama, bertentangan dengan
kehendak pihak berkuasa agama yang terbabit, dan ini sudah tentu akan membawa
kepada tindak balas yang boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal bila mana
semua perwakilan mengambil bahagian adu mengadu diantara mereka sehingga membawa
kepada terjejasnya keharmonian
beragama. C. CAMPUR TANGAN DALAM SUSUNAN
PERLEMBAGAAN MENGENAI PENTADBIRN HAL EHWAL ISLAM. IRC
semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang
berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada
Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta
pegawai-pegawainya. IRC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak
tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan
dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi
pelbagai masalah, adalah serius. D. PERWAKILAN SUHAKAM DAN MCCBCHS. Tidak
perlu diwujudkan satu lagi badan hak asasi manusia bagi menangani soal hak untuk
mengamalkan agama sendiri. SUHAKAM sudahpun membuka laluan untuk mendengar
aduan-aduan tersebut. SUHAKAM dalam bentuknya kini lebih sesuai kerana ia tidak
boleh campur tangan dalam ajaran mana-mana agama walaupun ia mempunyai kuasa
yang cukup untuk menangani sekatan-sekatan ke atas hak individu untuk
mengamalkan agamanya sendiri, dan untuk menerima aduan daripada pihak berkuasa
agama bagi menjalankan siasatan, tanpa terikat dengan undang-undang bersabit
bukti dan peraturan, tidak seperti mahkamah. Yang penting, daripada mengenakan
cara penyelesaian yang bercanggah dengan ajaran agama lain, SUHAKAM boleh
mengesyorkan kepada kerajaan pindaan kepada undang-undang dan dasar yang sedia
ada. SUHAKAM
menawarkan pendekatan yang halus kepada perkara yang amat sensitif dan
berkemungkinan besar akan lebih berjaya. Keupayaan harus diuji dan jika ia
berhasil barulah lebih banyak badan hak asasi manusia diwujudkan mengikut
keperluan. PENUTUP. Kerajaan digesa supaya menolak
cadangan penubuhan IRC itu. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang
paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan
untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan berkesan.
Dato’
Hj Mustapha Ma
25th January 2005 Pengerusi
ACCIN Merangkap
Presiden MACMA
|
|
bravenet.com