untitled
viviti

Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC)

 

 

Di antara Peruntukan-Peruntukan Dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang dipertikaikan atas alasan mendiskriminasikan wanita adalah:

 

Subseksyen 23(9)(a)(b):  Memilih nafkah ATAU pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami

 

KOMEN:

 

1.  Berhubung dengan perkataan “atau” yang dimasukkan selepas perenggan 23(9) (a), ia tidak membawa maksud menghadkan kuasa mahkamah untuk memberikan salah satu daripada perintah yang dipohon, iaitu sama ada perintah mengenai nafkah di bawah subseksyen 23(9)(a) sahaja atau perintah mengenai harta sepencarian di bawah subseksyen 23(9)(b) sahaja.

 

2.   Dalam konteks seksyen 23(9), penggunaan perkataan ’atau’ membawa maksud bahawa Mahkamah mempunyai kuasa sama ada untuk memberikan salah satu ataupun kedua-dua (and/or) perintah yang dipohon oleh mana-mana pihak dalam perkahwinan.

 

3.   C.C. Thornton dalam bukunya Legislative Drafting (Fourth Edition) pada halaman 95-96 menyatakan:

 

“The term ‘and’ and ‘or’ are beguilingly simple; one is looked on as the antithesis of the other.  ‘And’ is classified as conjunctive in character while ‘or’ is classified as disjunctive.  The former connotes ‘togetherness’ and the latter tells you to “take your pick”.

 

4.   Namun demikian kes Federal Steam Navigation Co. Ltd. and Anor v Department of Trade and Industry [1974] 2 All ER 97 telah memutuskan;

 

“To say that we have to decide is whether “or” is conjunctive or disjunctive or, putting it more bluntly, whether “or” means “and”, appears to me, to be a dangerous simplification. It is the meaning of the phrase as a whole that concerns us. …. In logic there is no role which requires that “or” should carry an exclusive force. Whether it does so depends on the context.”

 

5.   Sekiranya penggubal memilih untuk menggunakan perkataan “dan” selepas subseksyen 23(9) (a), ia akan membawa maksud bahawa pihak-pihak (termasuk suami) mesti membuat kedua-dua permohonan untuk pembayaran nafkah dan juga harta sepencarian. Maksud ini sudah tentu akan bercanggah dengan hukum Syara’ yang mewajibkan nafkah hanya ke atas suami.

 

6.   Untuk mengelak dari maksud yang tidak munasabah seperti itu, penggubal memilih untuk menggunakan perkataan “or” bagi memberi pilihan kepada isteri yang sedia ada untuk sama ada memohon perintah nafkah di bawah subseksyen 23(9) (a) sahaja atau memohon nafkah dan juga harta sepencarian di bawah subseksyen 23(9) (a) dan (b).

 

7.   Keadaan juga mungkin timbul di mana permohonan hanya terpakai bagi perenggan (a) sahaja sekiranya pihak-pihak tidak mempunyai apa-apa harta sepencarian.

 

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Peruntukan-Peruntukan Dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang dipertikaikan atas alasan mendiskriminasikan wanita adalah:

 

  1. Subseksyen 23(9): Hak kepada mana-mana pihak dalam perkahwinan untuk menuntut harta sepencarian apabila suami berpoligami.

  2. Subseksyen 23(9)(a)(b): Memilih nafkah ATAU pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami

  3. Subseksyen 23(4): Kelonggaran berpoligami

  4. Subseksyen 52(1): Melanjutkan hak fasakh seorang isteri kepada suaminya

  5. Subseksyen 107(A): Permohonan kepada Mahkamah untuk menahan/menegah isteri/suami daripada melupuskan harta masing-masing semasa dalam prosiding.

Digerakkan hati untuk berbakti pada 

01 April, 2005

Diizinkan Allah untuk terus istiqamah 

25 July, 2006

Bilangan terkini yang menyokong usaha ini: OfficeMax.com Coupon Codes
OfficeMax.com Coupon Codes

Usaha kecil ini adalah sebahagian dari keperihatinan pelbagai lapisan ummat yang telah membantah keras cadangan penubuhan IFC.  

Kembali ke Laman Utama Bantah IFC

Nyatakan sokongan anda dalam usaha ini dengan bertindak segera dan terus beristiqamah - InshaAllah

Hebahkan dan maklumkan kepada ahli keluarga, rakan taulan dan seluruh masyarakat http://bantahifc.bravehost.com


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com