Implikasi dan Bahaya Penubuhan IFC
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan
ianya amat berbahaya kepada Islam dari sudut-sudut berikut:
i. Membuka ruang seluas-luasnya
untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan
orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa
berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1)
Perlembagaan Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan beragama)) tidak
berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran
agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan
sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan
agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan
agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama
Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam
sendiri.
ii. Menjadikan undang-undang Allah
mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang
menjejaskan aqidah
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
 |
Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948, |
 |
Konvensyen untuk menghapuskan
semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5
Julai 1995), |
 |
Konvensyen mengenai hak
kanak-kanak, |
 |
Deklarasi untuk menghapuskan
semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama, |
 |
Deklarasi mengenai hak-hak orang
untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti, |
 |
Deklarasi Vienna dan pelan
tindakan. |
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali
yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut
ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak
membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Di bawah norma-norma tersebut,
untuk orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi
norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran
Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa akan dihapuskan. Ini
bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan
aqidah seorang Muslim.
iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas
melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh
mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama
ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
iv. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang
mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk
kebebasan menukar agama. (Artikel 18). Ini bermaksud status sebagai seorang
Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan
norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada
Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
v. IFC berhak dan diberi kuasa
menentukan status agama seseorang
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.
Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah
orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal
Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan
seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan
suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan
keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen
19(3) draf undang-undang IFC.
Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang
bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di
mana-mana sahaja dalam dunia ini.