|
|
|
Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC)
|
|
Kenapa Kita Mesti Bantah IFC 1. Sikap Anti-Islam Pihak Penaja Pihak
Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa
memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:
Isu-isu
di atas langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama tetapi
adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh
penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam. Pelbagai memorandam yang dikeluarkan pihak penaja IRC/IFC terang-terang merupakan tindakan campur tangan yang serius terhadap ajaran Islam. Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh ummat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam. Dengan
kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang
ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang
mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan
lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah
diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam,
kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan
Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula
menjadi negara sekular dengan Islam
sebagai hiasan politik semata-mata?! 2. Isu-isu yang Dibangkit Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubungkait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam. 3. IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia Sebagai
suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini
sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya
tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama
asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal. 4. IFC Akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-hakam Islam Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan 5. IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam IFC
semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang
berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada
Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta
pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak
tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan
dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi
pelbagai masalah, adalah serius. MAKA, adalah menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya membantah cadangan penubuhan IRC/IFC ini. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan berkesan.
|
|
bravenet.com