untitled

Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC)

 

 

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.

 

Kronologinya seperti berikut:

bullet

Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

bullet

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

bullet

Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

bullet

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

bullet

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

bullet

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Digerakkan hati untuk berbakti pada 

01 April, 2005

Diizinkan Allah untuk terus istiqamah 

25 July, 2006

Bilangan terkini yang menyokong usaha ini: OfficeMax.com Coupon Codes
OfficeMax.com Coupon Codes

Usaha kecil ini adalah sebahagian dari keperihatinan pelbagai lapisan ummat yang telah membantah keras cadangan penubuhan IFC.  

Kembali ke Laman Utama Bantah IFC

Nyatakan sokongan anda dalam usaha ini dengan bertindak segera dan terus beristiqamah - InshaAllah

Hebahkan dan maklumkan kepada ahli keluarga, rakan taulan dan seluruh masyarakat http://bantahifc.bravehost.com


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Allwebco Web Templates · Build your own toolbar · Accept Credit Cards · Audio, Fonts, Clipart
powered by a free webtools company bravenet.com