-
Seseorang anak yang dilahirkan oleh
ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
-
Orang-orang bukan Islam yang telah
memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama
asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
-
Sebarang kes pertukaran agama orang
Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah
tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
-
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad
pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
-
Orang bukan Islam tidak perlu
dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang
Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin
berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan
undang-undang.
-
Seseorang atau pasangan suami
isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak
jagaan anak.
-
Orang-orang yang bukan Islam yang
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah
diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
-
Kerajaan hendaklah menyediakan dana
yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan
Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
-
Orang-orang bukan Islam hendaklah
dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan
suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
-
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara
terbuka.
-
Pelajaran agama bukan Islam untuk
penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
-
Program-program berunsur Islam
dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama
lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa
ibunda masing-masing.
-
Orang-orang Islam yang membayar
zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan
wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan
Islam.
-
Sepatutnya Islam tidak disebut
sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup
aurat kepada pelajar sekolah.